Monday, 5 December 2011

FESTIVAL SENI 2011

Terdapat pelbagai acara yang diadakan sepanjang hari Festival Seni UKM berlansung dari 02 Disember 2011 sehinggalah pada malam kemuncak persembahan 04 Disember 2011
Pada malam PENTAS MUZIK & TARIAN terdapat pelbagai persembahan yang dipertontonkan antaranya Muzik Gamelan, Muzik Asli, Tarian Istana, Muzik Orkestra Tradisional Cina,
Nasyid lagu yang menyayat hati.. memg meleleh la air mata ni... 
Muzik Keroncong, Muzik Klasik membawakan lagu Winter Sonata..
Boleh join nyanyi skali walaupun dorang just maen alat muzik.. 
Koir dengan lagu Sway mereka.. Koir skrg bukan hanya tegak statik macam patung dh, siap joget-joget ag.. best la korang.. 
Dikir Barat, Muzik Angklung, Muzik Cak Lempong, Muzik Moden bawa lagu It My Life yang telah membuatkan hampir kesemua gadis-gadis menjerit tanpa henti.. aduhhhh...
Tarian Kontemporari membuat tarian lagu Falling in Love, lagi best tgk diorang menari daripada penari Siti.. Tahniah choreographer untuk persembahan yang sgt menarik.. =)
dan macam-macam lagi yang telah melakukan banyak perubahan dalam setiap persembahan mereka.. terbaaaeeekkk laaa!!!!

Inilah yang dinantikan oleh aku dan rakan-rakan Senitari Rakyat untuk mempersembahkan apa yang telah kami lakukan dalam latihan kami berminggu-minggu dengan bantuan penyelia kami 
Puan Hazelina Ghazaly.. 
Terima kasih puan diatas tunjuk ajar selama ini, tidak lupe juga kepada pembantu penyelia kami yang juga mengajar kami bagi membetulkan setiap gerak langkah kami bagi mencantikkan lagi tarian medley Zapin Yasaidi dan Balqis..
Satu pengalaman baru bila dapat berada di atas pentas Dectar menari bersama rakan-rakan.. =)
Bila tunggu turn macam x rase pape tapi bila dh nak naek pentas, mula la sejuk satu badan dengan nervousnya takut x dapat buat dengan elok tapi akhirnya semuanya dapat berjalan dengan sempurna, yang penting kita Enjoy!!! =)
Selalu bila ada event apa-apa dekat Dectar biasa jadi penonton jer tapi pada malam ini aku pulak d0k atas pentas tu untuk menari.. memang seronok.. =) 
kenangan yang tidak akan dilupakan... sooo suuuweeett...=) 

Kami di pentas...



Persembahan penutup kami semua;
Gabungan semua kelab tarian untuk Finale dan 1 Malaysia 




Kenangan kami semua bersama...