Saturday, 24 September 2011

BULAN MESRA PELAJAR UKM


Dalam Bulan Mesra Pelajar ada Minggu Mesra Pelajar yang bermula dari 07-09-2011 
Hari Pendaftaran sehingga 10-09-2011 jamuan Makan Malam bersama Pengetua Kolej.. 
Minggu Orientasi la katakan.. penat + letih + seronok 
walaupun kena bangun sangat awal di waktu pagi dan tido lewat di waktu malam 
pengalaman yang x selalu dapat sebab orientasi ni ada mase masuk U jer..  
Time ni la kita dapat kenal dengan kawan baru & kawan yg same pengajian dengan kita.. 
Dapat mengenali Pentadbiran KBH, Felo, Jaksa & PC masa MMP.. 
Tapi Pentadbiran UKM x dapat nak kenal lagi la.. payah jugak nak ingat senanya.. 
Lama-lama nanti ingat la kan.. Jangan x ingat langsung sudah ler.. hehehe... 
Satu pengalaman baru buat diri ini setelah lebih setahun meninggalkan alam pembelajaran..

Mase MMP ni masuk KOIR untuk Majlis Ikrar Pelajar Baru ke 42 Sesi Akademik 2011/2012 
s0 kena la hafal lagu Universiti yang x pernah dengar ni..

     Varsiti Kita                                              Ilmu Mutu dan Budi
Lihat Kampusku yang Tenang                               Ilmu, Mutu dan Budi
Damainya Alam Ciptaan Tuhan                             Itulah Harga Diri
Paduan Ilmu dan Keimanan                                  Hidup Siswa Siswi
Amal dan Jerih digabungkan                                 Harapan Ibu Pertiwi
Lautan Ilmu Kita Harumkan
Sumber Ilmuan berkembangan                              Ilmu, Mutu dan Budi
Inilah Varsiti Kita                                                  Itulah Pelita Hati
Ditengahkan Hasrat Rakyat Kita                             Asas Pembina Peribadi
Dari Mula untuk Semua                                         Untuk Menabur bakti
Bagai tanda Perjuangan Kita
Bangun Berbakti Membela                                    Itulah Pegangan Hidup Kami
Memupuk Insan jiwa Bertakwa                               Sumber Kekuatan Rohani
Memimpin Manusia Semua                                   Mutiara Peradaban Asli
Kenal akan Adat Unggulnya                                  Titian Hidup Abadi
Membina Negara Sentiasa
Maju Berilmu dan Bahagia                                    Ilmu, Mutu dan Budi
Inilah Varsiti Kita                                                 Itulah Pusaka Sejati
Ditengahkan Hasrat Rakyat Kita                            Menuju cita-cita Murni
Dari Muka untuk Semua                                       Semoga Tuhan Memberkati
Bagai tanda Perjuangan Kita

Komposer : Nazri Ahmad                                      Komposer : Zubir Ali
Penulis Lirik : Muhammad Hj. Salleh                      Penulis Lirik : Hj. Salleh Hj. Yusof


AWIN & ME
Lupe pulak nak kenalkan;
1st day masuk UKM, sekolej KBH, sebilik, sepengajian dan sekelas..
Dialah yang aku jupe dulu sebelum bertemu dengan orang laen.. best kan.. =)
macam complete package untuk aku dengan dia, "awin" nama pangilan dia.. 


08 September 2011

Hari ini pergi Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) 
untuk mendengar taklimat + amanat + pengetahuan + bimbingan dan sesi soal jawab daripada Pengerusi Pusat Pengajian Teknologi Maklumat Prof. Madya Dr. Haslina Arshad  dan 
Pengerusi Pusat Pengajian Sains Komputer Prof. Madya Dr. Salwani Abdullah
Juga Pendedahan Kerjaya oleh Abdul Aziz Ali, CEO Smart K-Worker Pro Sdn Bhd dan 
Ian Su, Sr Technology Advisor Microsoft Malaysia
Kami juga diperkenalkan dengan cara penggunaan http://www.ukm.my/smpweb untuk mengakses maklumat, membuat pendaftaran kursus, gugur kursus dan semakan hanya melalui smpweb..


09 September 2011
 
Hari berkumpulnya semua pelajar baru di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) 
Pada sebelah pagi ada taklimat dan forum bersama pemimpin, 
Pada sebelah petang pula kami semua diberi tonton; 
Amanat Menteri Pengajian Tinggi YB Dato' Seri Khaled Nordin dan 
Amanat Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak 
Kemudian barulah ucapan Naib Canselor UKM 
Prof. Tan Sri Datuk Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.. 
agak panjang jugak la text ucapan beliau.. hehehe... 
Acara yang ditunggu semua; 
Ikrar Pelajar Baru dan penyerahan Borang Akur Janji Pelajar kepada Naib Canselor UKM..
Seterusnya adalah saat yang paling aku nantikan selama duduk di DECTAR setelah dua hari
bersusah payah menghafal dan mengingatkannya; Lagu Universiti Kebangsaan Malaysia.. 

Pada sebelah malam, semua berkumpul untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.. 
Majlis Kesyukuran dan bacaan Yasin di Masjid UKM


10 September 2011

Senamrobik selama satu jam tanpa henti di Pusat Sukan UKM bersama Timbalan Naib Canselor
(Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Ir Dr. Othman bin A. Karim  
Lepas tu bermulalah perjalanan yang penat + letih + sakit kaki + kejang
Kembara Kampus bersama semua pelajar baru "Lihatlah Kampus Ku Yang Tenang"


Hentian terakhir, Masjid UKM..
Setelah penat lelah berjalan dan sebelum dilepaskan semua pulang ke kolej masing-masing..

Gambar Kenangan pelajar baru sesi 2011/2012 bersama Jaksa & PC KBH

Makan Malam bersama Pengetua Kolej Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa   

Pihak Pentadbiran, Felo, Jaksa, PC dan semua pelajar baru KBH.. 

Selesai makan semua pelajar membuat persembahan seperti tarian, lakonan, dan banyak lagi.. 

Selepas itu sesi penyampaian anugerah buat PC tersayang.. Hensem ke? Comel ke? Garang ke?

Pilihan di tangan Kami sebagai pengundi.. hehehe...  

Burhan memang "Luar Biasa Baik!" aaaauummm.....



12 September 2011
Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 & Hari Malaysia Peringkat UKM



23 September 2011

Pesta Perayaan 1 Malaysia di Kolej Burhanuddin Helmi

Banyak persembahan yang dipertontonkan anataranya; tarian cina, india, nyanyian, dikir, dll..

Dengan adanya program seperti ini dapat lagi mengeratkan hubungan sesama ahli kolej; bermula daripada pihak pengurusan sehingga kepada kami anak-anak Burhan..



No comments:

Post a Comment